Rimba , Benua dan Dunia


Kelihatan setiap perkataan hampir sama memenuhi atmosfera bumi.Pelbagai lapisan dari lautan hingga daratan serta kesekalian isinya.Kesemuanya mengajar kita sifat alami dan fitrah insani.Penciptaan mengikut kehendak dan acuanNya.

Luhur akal budi,jernih jiwa insani.

Credit Photo to:Lee Acaster

Credit Photo to:Lee Acaster

Perspektif Alami-Keluhuran itu dapat dilihat dari setiapnya rimbunan hijau mengeluarkan oksigen.Tanpa jemu dibantah perintah,tanpa bantah membentak kerenah.Alami mengajar kita dari sehelai daun gugur hingga pemprosesan fotosintesis yang diceritakan dalam kalamNya.Diciptakan tumbuhan ini untuk memberi sumber makanan,teduhan dan pasak bumi.Perubatan dari tumbuhan harus dilazimi kerana besar nikmatNya usah dipersia-siakan.Sumber makanan dan perubatan bercambah menjadi bahan perekaan dan arkitektural dan landskap seni bina tradisional hingga urbanisasi.Sumber alami ini perlu begenerasi agar kepelbagaiannya dikekalkan dan dipulihara untuk anak watan.Mungkin  kenal akan jati,meranti tetapi yang lainnya perlu diteliti fungsinya dan faedahnya atau terus membisu tanpa menelusurinya.Ladskap hijau ini menjaga ekosistem bumi supaya memanusiakan hasilnya kembali kepada mak’nawi.Rusuh itu abstrak tenang itu suci.Rusuh mengajar manusia berada di puncak tenang istiqamah dalam hidup.Rusuh jika hilang satu pegangan iman maka tenang tiada erti.Ia perlu seimbang dalm satu ijtihad yang memerlukan rusuh sebagai punca tenang menjadi nyata.Rusuh menjadikan satu muslihat untuk manusia berfikir menjangkaui skop tetapi berlandaskan akidah.

Persepektif Jiwa-Membangunkan roh karektor peribadi insani.Iman ada pasang surut manusiawi.Lembut bayu berpuput dingin dari pantai hingga laut lepas.Saujana mata memandang nian indah kehijauan.Desir pasir,rona pelangi hempasan ombak pasang surutnya.Kesemua konteks ini mengajar karektor dari pelabagai sudut psikologinya.Tenang menyapa tatkala kesemua gabungan ini bersatu di depan mata.Itulah kasih dari yang Esa.Tatkala laut memberikan hasil kita menjamunya dengan hasil.Sampai bila rakus haloba dibiarkan punah terbiar di laut sana.Kepelbagaian hidupan aquatik dari terancam dan hampir pupus tak sapa peduli atau terus tuli.Hasil diambil dengan rela hati,tatkala amarah menjadi hempasan tsunami memakan bumi,bah melimpah ke daratan dan hasilnya kemudaratan.Sampah dianggap kotor dan jijik,bila ia dibiarkan menjadi tanda imarah semua insan,ia menjadi satu proses pembiakan apabila ia kian membarah.Hanya insan mengerti akan membersihkannya,lalu sampah menjadi mutiara.Benar jika kita alam menguji dengan rusuh ia secantik pelangi rahamtNya.

Kredit foto:Lee Acaster

Akses pada:https://www.flickr.com/photos/jellyfire/21101017812/

Bakat vs Bakat


journal-1090599_960_720

Setiap kali membeli buku nota yang pasti ia dibaluti dengan sempurna serta mempunyai rona putih yang bersih.Justeru, pen dan dakwat yang menjadi bancuhan pula, sama ada menulis nota atau contengan sekadar sahaja.

Pertama, ada di kalangan kita sebagai pelajar atau mahasiswa/i, buku nota menjadi teman akrab mencatit nota penting atau apa jua maklumat yang diberikan.Apa jua teknik catatan boleh menjadi pilihan, ada yang bersahaja dengan mind map, ada yang selesa dengan nota ringkas.

5 Tip untuk semua:

1.Ada di kalangan kita yang mampu mencata nota dengan gaya tersendiri.

2.Mampu menerangkan dengan baik.

3.Mempunyai daya pandang berbeza.

4.Berguna untuk kita skor markah.

5.Kita akan cari dia.

Helaian nota dan catatan itu juga punya harga jika kena gayanya.Apakah ini? Jika kita mampu menggunakan mind map dan menjustifikasikan maklumat dengan cara padat dan tepat, maka berkongsilah dengan rakan.Jika anda selalunya skor dalam apa jua kuiz dan peperiksaan dengan cara catatan nota anda, maka sudah pasti ia teknik yang berkesan.Anda pasti mempunyai rakan sekelas mahupun junior maka ia menjadi skop untuk anda membina networking dan memasarkan nota anda.Ya jika anda berkongsi secara percuma ia ada amal dalam catatan kita.

Ini baru sahaja berkaitan nota dalam kelas/pengajian.

Kedua, sketching/doodles juga satu hobi dan hiburan bagi sesetengah dari kita, walhal bagi pelajar jurusan art and design, architecture dan yang melibat lukisan/lakaran sentiasa mengasah bakat itu.Di kalangan kita juga, ada yang berbakat sungguhpun tidak mengikuti jurusan ini, dan ia menjadikan nilai yang berharga bila anda mampu memasarkan produk anda.Pada mulanya sekadar contengan, lakaran hingga menjadi aktiviti yang mampu mengisi poket anda sendiri.Sketching punya beberapa teknik dan caranya sama ada potret menggunakan pensil, arang dan sebagainya.Ia bergantung pada kalian dan setiap medium itu ada harganya, begitu juga doodles juga mempunyai tahapnya tersendiri.Tempahan dan buka meja pada hari sabtu dan ahad menjadi satu tarikan baru dan dari satu hobi, kini ia menjadi satu asas untuk maju.

Khat dan khaligrafi juga mendapat tempat di kalangan kita. Bakat dan keilmuwan dalam bidang ini satu usaha murni dalam meneruskan syiar, kerana setiapnya memperincikan kalamNya, namaNya yang Agung.Kini ia mempunyai variasi baru mengikut trend semasa dengan nama syarikat, mahupun customize mengikut cita rasa pelanggan.

Perkara ini boleh melalui cara konvensional mahupun digital.Kedua-duanya mempunyai permitaan tersendiri.

Seterusnya, membaiki komputer/laptop juga memerlukan kemahiran dan kepakaran.Boleh sahaja kalian mencubanya terutama rakan-rakan dari jurusan ICT sudah pasti mengaplikasikan bakat dan manfaatkan kepada semua.

Manfaatkat bakat dalam membantu selebihnya ada nilai yang ditentu oleh penentu.

Cukup 4 perkara yang dapat dikongsikan bersama kalian.

Terima kasih.

Kita dan masa depan


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assamualaikum dan salam sejahtera semua.
2 minggu genaplah setahun buku Ulu Yam di Liverpool dan Ulu Yam di Liverpool 2 berada menemaiku.Selesai pembacaan sekian lama juga, niat di hati ingin bertemu dan beramah mesra dengan penulisnya,beliau tidak lain tidak bukan Tuan Nazali Noor.
Segala aspirasi rasa dan cetusan jiwa digabungkan menjadi susunan bab yang indah.Setiap bab dan helian ini hingga selesai pembacaan memenuhi atmosfera motivasi.Perjalanan dan penghijarahan beliau satu inspirasi dalam kembara ilmu,kerjaya dan keluarga.
2016-06-04_17.33.12
Keletah warna-warni anak-anak beliau menjadi pemangkin semangat dalam naskah kombonasi yang disediakan.Kecekalan beliau dan isteri memberi kami nilai perspektif bahawa semangat kekeluargaan itu jitu dalam apa jua yang mendatang hingga ia mekar dan terus mekar.
Kisah kejayaan dan didikan beliau terhadap anak-anaknya memberi pendorong dan hasrat mengikuti jejak langkah yang sama dalam acuan dan bakat tersendiri.
UYDL dan UYDL2 sememangnya mendorong setiap hati insan untuk sama-sama bangun mencipta jalan cerita kejayaan.
Padang Sri Gelam-Johor Bahru menjadi saksi pertemuan dengan penulis dan kenalan baru berkaitan aspirasi buku dan Liverpool FC sendiri.YNWA-You Never Walk Alone ada dalam naskah kedua-dua buku ini.Anfield dan keseronokannya perlu dilihat dengan mata sendiri.
Peluang dan ruang ini satu potret berharga dalam layar kehidupan.
#MembinaMindaMadani #TerdidikJiwaInsani
Terima kasih.

Ramadan


SM ucapkan Ramadan Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh saudara seagama kita di serata dunia.

Tujuan penulisan kali ini kerana tertubuhnya tulisan disini sempena Ramadan pada tahun lepas yakni 17 Ramadan 2015/1436 dan kini Ramadan 2016/1437.

Satu aspirasi untuk terus menulis dan menulis lagi.Keseronokkan ini akan dikongsi dengan penulisan dan tajuk yang baru.Ya tajuk baru berkisar pengalaman SM bertemu dengan seroang tokoh akademik dan penulis.Nantikan kisahnya.

Seterusnya, kita bersyukur hendaknya menyambut Ramadan dalam keadaan selamat dan damai.Dikejutkan sahur dengan nyaman,dihidangkan juadah iftar dengan aman.Kini 2 Ramadan dalam bulan gandaan amalan baik yang wajib mahupun sunat.Moga ada amal dalam setiap aksara tulisan SM.

Andai kita berada bersama saudara seislam kita di serata dunia mahupun benua.Setiap dentuman gugus misil dan bom bagai nada biasa bagi mereka.Peluru sesat tak bernama sentiasa hinggap ketas jasad tak berdosa.Dari segelinap lapisan tembok kota, daratan menjadi rata, udara juga dicengkap sama, laut lepas tak bermaya.Mereka terhimpit tetapi tetap utuh pada yang Esa.

Walau apa jua rintangannya, lafas syahadah kekal, safnya rapat disatukan.Itu mereka.Diuji dengan segala cara.Allah ada bersama mereka.Andai wang bukan pilihan kita, titipkan doa buat mereka dalam bulan mulia.Jika berkemampuan atau ada lebihan salurkan pada setiap badan yang berhak, agar dapat dihantar bantuan perubatan mahupun makanan kepada mereka.

Sedangkan ada segelintir mereka, meringkuk kesejukkan pada musim sejuk yang melanda.Hidup tak bertempat, langit menjadi payung teduhan , tanah menjadi lantai baringan.

Tidak kurang hebatnya, diuji dengan pemerintah bagi sesebuah negara.Ada yang gelandangan tak bernegara, diusir ke sana ke mari, ditegah beragama.

Masih ada ruang untuk kita singkap bahawa kita masih menikmati Ramadan dengan nikmat yang luas.

Moga amalan kita diterimanya.

 

 

 

waterway-107810_960_720

Layar Kehidupan


Salam buat kalian yang mengikuti SM selama ini sama ada di laman maya atau di sini.

Andai ada dari kalian yang sakit,sembuhkanlah.Andai ada yang berduka,bangkitlah.Andai ada yang jauh,kembalilah.Andai ada sengketa,berbaiklah.

Lama juga tidak meninta disini atas tuntutan ilmu,khidmat masyarakat dan pulang ke gagang.Ya.Ilmu yang ada tidak seberapa ini apalah kiranya saya dan anda berkongsilah sesama hendak kerana , #MembinaMindaMadani dan #TerdidikJiwaInsani serta #ADAB dan #BLPK ini membangkitkan kembali untuk SM menulis lagi.

Hiruk-pikuk jalanan dan cilok sana-sini menggambarkan manusia memenuhi tuntutan duniawi,ada yang tidak berjumpa anak dan isteri,bahkan mentari dan bulan menjadi peneman diri.Inilah surutan atau kebetulan hidup.

Diistiharkan bankrupsi moga dijauhkan,tetapi itu yang hangat diperkata dalam dada-dada akhbar.Banyak sebabnya dan moga dijauhkan dari kita hendaknya.

Faktor utama:

1.Pinjaman Bank.

2.Kad Kredit.

3.Dan lain-lain.

No 2 menjadi isu berat dikatakan.Setiap dari kita selepas berumur 18 tahun pastinya akan mencari kerja sambilan dan sesudah itu nilai wang ditangan dirasakan sedap maka mula mencongak mana yang perlu atau nafsu.Masuk pula fasa yang memerlukan banyak kegunaan wang dari pelbagai skop pandang berbeza samada yang sedang meneruskan pelajaran di peringkat tinggi atau seangkatan dengan.Makan minum sudah menjadi ruji tetapi kehendak atau keperluan polemik yang mencelarui kehidupan.21 tahun satu fasa umur yang membolehkan seseorang memiliki kad kredit dengan hanya kerja sambilan.Jadi sudah pasti ia menjadi trend terkini anak muda untuk memilikinya.Ini menjadi tanda aras sama ada kegunaannya untuk kebaikkan atau sebaliknya.Pembayaran awal juga adakalanya diberikan rebat mahupun voucher kerana membeli belah barangan keperluan serta tembusan mata ganjaran yang dikumpulkan di stesen minyak atau diskaun  mengikut institusi perbankan yang menawarkannya.Rata-rata usia seawal 25-40 menerima tekanannya.Usia 25 ramai yang terkesan dengan kad kredit mengikut dapatan data semasa.Gunakalah ia untuk kebaikkan dan hindari dari masalah yang mendebarkan.Sudah pasti ramai lagi pakar kewangan dan laman maya yang lain memberi info berguna berkaitan kewangan.Ini sekadar pandangan peribadi dan cakna kepada kalian.

Jadi mari kita telusuri kembali kepada topik utama:Layar kehidupan.

Tidak enak rasanya tanpa garam dan gula begitu juga penulisan SM tanpa kata-kata yang membangkitkan selera.

1.Diraut luruh kasih itu,pastikan tersentak jiwa yang beku.Bagaikan selimut dan Subuh pasti digenta rasa yang kuat sama ada menyahutnya atau diulit mimpi lena.

2.Nan rimbun buluh itu bersatu, Sedangkan kita hidup tak menentu.Manusia hari ini nafsi atau kau hal kau,aku hal aku.Ingat dari mandi hingga kafan bawa pula ke sembahyang tak dilupa tana kubur serta lahad digalinya tempat singgah sementara menuju negeri di sana.

3.Didiklah anak kamu mengikut ZAMAN mereka. Mana taknya ada baby boomers,x,y dan z. Yang penting Akidah,Ibadah dan Akhlah.STPM dan SPM 2016 dah diumumkan ada gembira dan sebaliknya.Yang berjaya tahniah, yang sederhana atau sebaliknya (Maksima Tahniah) kerana anda masih #ADAB dan #BLPK.Gempur dan tempuh serta bina cerita baru dalam hidup untuk kejayaan baru.

4.Langit yang membentangkan cerita alam, pada kita memikirkan sorotan bintang, cakerawala mengalunkan musik hiba, tanda hidup nak tiba ke penghujungnya.Kiamat itu pasti dan mati itu pasti kerana falam kalamNya setiap yang hidup itu pasti merasai mati.

5.Dialanunkan alunan rindu, Namamu mewangi di alam ini, Di bumi menjadi utusan, Hampir denganNya kekasih Tuhan, Dengan umat pemberi syafaat.اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ berselawatlah ke atas rasul.

6.Alunan suara,kalam suci, Didengar halus sunyi,Tika malam lunak hijjazi,Menitis hiba memikirkan diri,Suara siapa dinihari.Moga kalamNya menjadi peneman abadi dikala sunyi hingga di lahad nanti,di depan Allah syafaatnya dinanti maka beramalah dengannya taddabur dan talaqi,tartil dan tajwid.

Tak terasa penat dan terik membahang aku harungi jua untuk tugasan kebajikan sosial.Moga ada amal hendaknya.2 kali hari Rabu ingin menjengah Rumah Kebajikan itu tetapi kini diberikan kesempatan untuk membantu melalui keringat dan tulisan dan kata-kata.Banyak anak-anak itu mengajar aku erti hidup walau mereka di usia 7 hingga 17 tahun padanya cerita tersendiri yang cekal dan berani.

#MembinaMindaMadani

#TerdidikJiwaInsani

Sekian dari SM buat kalian yang bertapak disini.Moga empayar kata dan laman ini terus makmur dan mekar bersama diri kalian dan berkongsilah sesama hendaknya.

Blog Najwa Zahid


 

najwa zahid.png

Coretan peribadi entri blog review dari blogger baru untuk kalian semua. Mari kita singgah,jengah dan terjah seperti tagline Selat Merah ke laman Najwa Zahid.Blog yang diberi nama The Putra Diverse mendapat sambutan dikalangan peminat K-Pop.

Intro yang akan membawa penggunjung selalu ke blog beliau.Beliau mempunyai sudut pandang tersendiri berkaitan indstri K-Pop ini.Jadi tidak hairanlah setiap review filem,drama mahupun musik diutarakan dalam blog ini.

Bermula sebagai blogger pada tahun 2013 dan hingga kini beliau mempunyai pelawat hampir 10,000 orang.Entri giveaway juga tidak ketinggalan dan dapat menarik minat bloggers lain menyertai dan berkenalan bersama.

Yang menariknya Cik Najwa ni peramah orangnya dan menjadi salah seorang yang like fan page Selat Merah.Terima kasih diucapkan kepada Cik Najwa.

Sebelum penghujung:

Mana yang sudi bertamu di sini,

Diucapkan kembali setinggi budi,

Terima kasih menjadi tamu,

Tamu bertandang ke laman baru.

Sekian.

Blog Yuha Adie


yuha adie.png

Coretan baru blog review dari blogger baru untuk kalian semua.Mari kita singgah,jengah dan terjah seperti tagline Selat Merah ke teratak Yuha Adie.Beliau merupakan seorang major Sains Geomatik dan cabang kerjaya yang pelbagai landskap geografi bumi ni.Mencabar juga SM lihat profil kerjaya dalam jurusan ini dan yang rare kepada adventures.Jadi kepada sesiapa yang sedang mengisi UPU memilih jurusan dan igin mengetahui lebih lanjut Sains Geometik  maka Blog Yuha Adie menyajikan pembacaan santai .

            Perkara yang menarik di blog Sofie Adie ni,banyak juga giveaway contest yang dianjurkan sesama rakan bloggers yang lain. Kandungan penceritaan yang mencuit hati penggunjung agar sentiasa ceria dengan nafas baru.Adakalanya cetusan rasa dikongsi bersama membuatkan penggunjung merasai apa yang ditulis.

SM sempat juga menyusun jejak di blog ini dengan entry Blog Addicted pada 19 Disember 2015.Itulah mula langkah blogwalking awalm SM mengenali laman ini.Cik Yuha Adie ni merupakan salah seorang blogger yang like fan page Selat Merah.Terima kasih diucapkan kepada Cik Yuha.

Sebelum penghujung:

Mana yang sudi bertamu di sini,

Diucapkan kembali setinggi budi,

Terima kasih menjadi tamu,

Tamu bertandang ke laman baru.

Sekian.

Blog Impiana Cik Yanie


cik yanie.png

Sekadar coretan blog review dari blogger baru untuk kalian semua.Mari kita singgah,jengah dan terjah seperti tagline Selat Merah ke laman Impiana Cik Yanie.Beliau merupakan seorang pelajar Jurusan Elektrik di Kolej Vokasional Likas,Sabah dan blog Cik Yanie banyak menghidangkan tutorial dan contest yang berguna sesama blogger.

Perkara yang menarik di blog Cik Yanie ni,beliau menggemari travelog dab banyak berlatar belakang negeri di bawah bayu iaitu Sabah.Jadi sesiapa yang nak ke Sabah dan ingin mengetahui lebih lanjut kawasan yang menarik dan memukau hati bolehlah mengikuti travelog Cik Yanie.

Jika meminati blog Cik Yanie ni maka sesamalah meriahkan dengan klik like ke fan page Impiana Cik Yanie dan menjadi followers beliau.Setakat ini followers beliau dah mencapai 2144 orang dan pelawat 124,092.Tahniah Cik Yanie.

Selat Merah sempat juga bloglink dan tersenarailah SM di tangga 135.Yang seronoknya Cik Yanie ni peramah orangnya dan menjadi salah seorang yang like fan page Selat Merah.Terima kasih diucapkan kepada Cik Yanie.

Sebelum penghujung:

Mana yang sudi bertamu di sini,

Diucapkan kembali setinggi budi,

Terima kasih menjadi tamu,

Tamu bertandang ke laman baru.

Sekian.

4 tips planner kehidupan


Kehidupan satu aturan dan urusan-dahulukan empuNya urusan.
Setiap keputusan membawa awalan dan akhiran-ditentukan oleh pencipta peraturan.

Cukup sekadar ringkasan sepenuhnya di:Kerangka Hidup dan Planner Kehidupan.

Kembali Ke Sekolah


prt sc fb2Parenting tips-keputusan PT3 tidak menjadi tanda aras segalanya bagi seorang anak.Jika berjaya tahniah.Keputusan biasa Maksima Tahniah kerana anda perlu BLPK-Berani,Letuskan,Potensi Kendiri.Ibu bapa faktor penolak untuk mencipta generasi segelinap gemilang.SG-Segelinap gemilang bukan hanya ada ilmu tetapi perlu ada adab yang menyelaraskan kesinambungan hakikat.ADAB juga satu formula yang perlu ditaklukan dengan Ada,Dapat,Aplikasi dan Beraksi kerana keputusan itu usaha yang semampunya tetapi perlu lonjakan.Ayuh para ibu dan bapa serta guru,mahasiswa/i  kembalikanlah ilmu itu ke gagang-membumikan nilai ilmu asas pemahaman serta kongsikan-itu satu nikmat dalam memberi.

prt sc fbPilihlah jurusan yang berpada dan sesuai dengan nilai kita-PT3

Kita merancang,Allah juga merancang,Perancangan jua yang terbaik.

Pelajar T4 ke T5-jadikan satu pecutan dengan semangat letusan.Matrik,Asasi,Pra U semuanya menjadi pilihan.

Pelajar T5 bersabarlah-kerana hasil yang dituai dengan usaha yang bernilai.

Semoga perancangan generasi insani skop cemerlang peribadi menjadi tanda aras semua portfolio ibu-bapa,guru mahupun pelajar.Kita semua mengajar dan pelajar-konsep diajar dan belajar.

Fikirkan!

Sekian.Terima kasih.

Petua Alami


Salam dan Sejahtera semua.

Petua alami berkait rapat dengan kesinambungan Rimba , Benua dan Dunia dan mungkin penulisan sambungan bagi topik yang sama.Nantikan Rimba , Benua dan Dunia 2.

Kembali ke petua alami.

Nyahkan daya tidak keruan dalam sekelumit hasad di jasad.Ratakan wuduk di anggotanya membawa sejuk di hati pekerti.Membawa diri berhadap Esa tunduk pula sebagai hamba.Tatkala runtun jiwa kecamuk minda,dilafas zikir benteng wibawa seerti pula membersih noda.

Langit tinggi meluas biru,luasNya rahmat dalam magfirahmu.Disitu diajar alami mengajar,kan setiap diciptaan itu pasti membawa makna kepada kamu(manusia) jika berfikir.Diangkat dongak terik mentari,siang berkokok si ayam jantan,sungguh indah dalam memberi demi hidup kebersamaan.