Layar Kehidupan

Salam buat kalian yang mengikuti SM selama ini sama ada di laman maya atau di sini.

Andai ada dari kalian yang sakit,sembuhkanlah.Andai ada yang berduka,bangkitlah.Andai ada yang jauh,kembalilah.Andai ada sengketa,berbaiklah.

Lama juga tidak meninta disini atas tuntutan ilmu,khidmat masyarakat dan pulang ke gagang.Ya.Ilmu yang ada tidak seberapa ini apalah kiranya saya dan anda berkongsilah sesama hendak kerana , #MembinaMindaMadani dan #TerdidikJiwaInsani serta #ADAB dan #BLPK ini membangkitkan kembali untuk SM menulis lagi.

Hiruk-pikuk jalanan dan cilok sana-sini menggambarkan manusia memenuhi tuntutan duniawi,ada yang tidak berjumpa anak dan isteri,bahkan mentari dan bulan menjadi peneman diri.Inilah surutan atau kebetulan hidup.

Diistiharkan bankrupsi moga dijauhkan,tetapi itu yang hangat diperkata dalam dada-dada akhbar.Banyak sebabnya dan moga dijauhkan dari kita hendaknya.

Faktor utama:

1.Pinjaman Bank.

2.Kad Kredit.

3.Dan lain-lain.

No 2 menjadi isu berat dikatakan.Setiap dari kita selepas berumur 18 tahun pastinya akan mencari kerja sambilan dan sesudah itu nilai wang ditangan dirasakan sedap maka mula mencongak mana yang perlu atau nafsu.Masuk pula fasa yang memerlukan banyak kegunaan wang dari pelbagai skop pandang berbeza samada yang sedang meneruskan pelajaran di peringkat tinggi atau seangkatan dengan.Makan minum sudah menjadi ruji tetapi kehendak atau keperluan polemik yang mencelarui kehidupan.21 tahun satu fasa umur yang membolehkan seseorang memiliki kad kredit dengan hanya kerja sambilan.Jadi sudah pasti ia menjadi trend terkini anak muda untuk memilikinya.Ini menjadi tanda aras sama ada kegunaannya untuk kebaikkan atau sebaliknya.Pembayaran awal juga adakalanya diberikan rebat mahupun voucher kerana membeli belah barangan keperluan serta tembusan mata ganjaran yang dikumpulkan di stesen minyak atau diskaun  mengikut institusi perbankan yang menawarkannya.Rata-rata usia seawal 25-40 menerima tekanannya.Usia 25 ramai yang terkesan dengan kad kredit mengikut dapatan data semasa.Gunakalah ia untuk kebaikkan dan hindari dari masalah yang mendebarkan.Sudah pasti ramai lagi pakar kewangan dan laman maya yang lain memberi info berguna berkaitan kewangan.Ini sekadar pandangan peribadi dan cakna kepada kalian.

Jadi mari kita telusuri kembali kepada topik utama:Layar kehidupan.

Tidak enak rasanya tanpa garam dan gula begitu juga penulisan SM tanpa kata-kata yang membangkitkan selera.

1.Diraut luruh kasih itu,pastikan tersentak jiwa yang beku.Bagaikan selimut dan Subuh pasti digenta rasa yang kuat sama ada menyahutnya atau diulit mimpi lena.

2.Nan rimbun buluh itu bersatu, Sedangkan kita hidup tak menentu.Manusia hari ini nafsi atau kau hal kau,aku hal aku.Ingat dari mandi hingga kafan bawa pula ke sembahyang tak dilupa tana kubur serta lahad digalinya tempat singgah sementara menuju negeri di sana.

3.Didiklah anak kamu mengikut ZAMAN mereka. Mana taknya ada baby boomers,x,y dan z. Yang penting Akidah,Ibadah dan Akhlah.STPM dan SPM 2016 dah diumumkan ada gembira dan sebaliknya.Yang berjaya tahniah, yang sederhana atau sebaliknya (Maksima Tahniah) kerana anda masih #ADAB dan #BLPK.Gempur dan tempuh serta bina cerita baru dalam hidup untuk kejayaan baru.

4.Langit yang membentangkan cerita alam, pada kita memikirkan sorotan bintang, cakerawala mengalunkan musik hiba, tanda hidup nak tiba ke penghujungnya.Kiamat itu pasti dan mati itu pasti kerana falam kalamNya setiap yang hidup itu pasti merasai mati.

5.Dialanunkan alunan rindu, Namamu mewangi di alam ini, Di bumi menjadi utusan, Hampir denganNya kekasih Tuhan, Dengan umat pemberi syafaat.اللّهُمّ صَلّ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ berselawatlah ke atas rasul.

6.Alunan suara,kalam suci, Didengar halus sunyi,Tika malam lunak hijjazi,Menitis hiba memikirkan diri,Suara siapa dinihari.Moga kalamNya menjadi peneman abadi dikala sunyi hingga di lahad nanti,di depan Allah syafaatnya dinanti maka beramalah dengannya taddabur dan talaqi,tartil dan tajwid.

Tak terasa penat dan terik membahang aku harungi jua untuk tugasan kebajikan sosial.Moga ada amal hendaknya.2 kali hari Rabu ingin menjengah Rumah Kebajikan itu tetapi kini diberikan kesempatan untuk membantu melalui keringat dan tulisan dan kata-kata.Banyak anak-anak itu mengajar aku erti hidup walau mereka di usia 7 hingga 17 tahun padanya cerita tersendiri yang cekal dan berani.

#MembinaMindaMadani

#TerdidikJiwaInsani

Sekian dari SM buat kalian yang bertapak disini.Moga empayar kata dan laman ini terus makmur dan mekar bersama diri kalian dan berkongsilah sesama hendaknya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s