Ramadan

SM ucapkan Ramadan Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh saudara seagama kita di serata dunia.

Tujuan penulisan kali ini kerana tertubuhnya tulisan disini sempena Ramadan pada tahun lepas yakni 17 Ramadan 2015/1436 dan kini Ramadan 2016/1437.

Satu aspirasi untuk terus menulis dan menulis lagi.Keseronokkan ini akan dikongsi dengan penulisan dan tajuk yang baru.Ya tajuk baru berkisar pengalaman SM bertemu dengan seroang tokoh akademik dan penulis.Nantikan kisahnya.

Seterusnya, kita bersyukur hendaknya menyambut Ramadan dalam keadaan selamat dan damai.Dikejutkan sahur dengan nyaman,dihidangkan juadah iftar dengan aman.Kini 2 Ramadan dalam bulan gandaan amalan baik yang wajib mahupun sunat.Moga ada amal dalam setiap aksara tulisan SM.

Andai kita berada bersama saudara seislam kita di serata dunia mahupun benua.Setiap dentuman gugus misil dan bom bagai nada biasa bagi mereka.Peluru sesat tak bernama sentiasa hinggap ketas jasad tak berdosa.Dari segelinap lapisan tembok kota, daratan menjadi rata, udara juga dicengkap sama, laut lepas tak bermaya.Mereka terhimpit tetapi tetap utuh pada yang Esa.

Walau apa jua rintangannya, lafas syahadah kekal, safnya rapat disatukan.Itu mereka.Diuji dengan segala cara.Allah ada bersama mereka.Andai wang bukan pilihan kita, titipkan doa buat mereka dalam bulan mulia.Jika berkemampuan atau ada lebihan salurkan pada setiap badan yang berhak, agar dapat dihantar bantuan perubatan mahupun makanan kepada mereka.

Sedangkan ada segelintir mereka, meringkuk kesejukkan pada musim sejuk yang melanda.Hidup tak bertempat, langit menjadi payung teduhan , tanah menjadi lantai baringan.

Tidak kurang hebatnya, diuji dengan pemerintah bagi sesebuah negara.Ada yang gelandangan tak bernegara, diusir ke sana ke mari, ditegah beragama.

Masih ada ruang untuk kita singkap bahawa kita masih menikmati Ramadan dengan nikmat yang luas.

Moga amalan kita diterimanya.

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s