Coretan Sahabat

(i)

Ada yang dibilang dengan jari.Ada yang tak terkira rasmi.

Dirapat resmi padi dilentur tanah dan bumi.

Mengenal diri membawa berkat kembali.

Pada kita ada hisab yang dipertimbangkan.

Ada amal yang akan dikongsikan.

(ii)

Andai lawan jadi kawan usah dipatahkan rumpun kasih.

Andai kawan jadi lawan usah dibiarkan tersisih.

Bersilaturuhim itu damai dan mendamaikan.
Memanjangkan umur dan membuka pintu rezeki.

Maka tautkanlah ia pada sendi syariat.

Dalam nasihat ada tersirat.

Dalam menyuluh ada tersurat.

Mengait cantuman-cantuman maknawi.

Mengenal kita sendiri.

Moga dilorong mengenal hakiki.

(iii)

Melewati perjalan dunia kembara pancaroba.

Kerana singgahsana indah harus dibina disini untuk menginap disana.

Andai aku lupa berikan aku peringatan.

Sekiranya aku tersilap tunjukkan aku jalan.

Justeru titipkan nasihat dalam segala hal yang dibuat.

(iv)

Pada hela nafas ini ada tugas yang digalas.

Pada usia ini ada usaha yang tak dipersia.

Pada waktu kita satu dan membantu.

Tiga perkara ini tanggugjawab yang dijawab.

Pada diri berkelana ilmu.

Pada ilmu didahului adab dan akhlak.

Pada guru dimuliakan hidup.

Pada hidup dimurnikan jasa.

Pada jasa bergenerasilah ia.

Pada kita dan seterusnya.

(v)

Semoga doa sentiasa mengirigimu.

Kerna yang masih hidup kini mengenal hidup.

Tiap saat dan masa ada limitasi batas manusia.

Hidup dirangka barzakh dicakna.

Kerana setiap satu darinya benar.

 

Terima kasih sahabat yang sentiasa melanterakan idea dan usaha untuk kita:

#MembinaMindaMadani dan #TerdidikJiwaInsani.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s