Laman Rindu

(i)

Berutus ucapan dan ingatan,

tanda kasih jalinan ungkapan,

sebening ikhlas dihulur tautan,

sekudus maaf jasad rohani,

untaian kata disusun rapi

disambung aksara menjadi erti

frasa berirama pengubat hati.

(ii)

Lengkap nada AidilFitri,

sebulan Ramadan lapangan amalan,

tingkatan iman ukhwah insan,

moga ia berterusan dan berkekalan,

hadirnya Syawal satu kemenangan.

(iii)

Puasa menahan lapar dahaga,

punya batas dan limitasinya,

ada aturan yang perlu dijaga,

baru sempurna ibadah dikerjakannya,

tarawih diikuti berterusan pula,

malam Qiam jangan di lupa,

tadarus disusul sesama kita.

hidangan juadah berkongsi sentiasa,

eratkan ukhuwah pekerti mulia.

(iv)

Keberadaan dingin merasap tubuh,

Iftar akhir bersama keluarga,

azan Magrib masuk waktu,

menanti gema takbir dan tahmid,

solat didahulu hingga selesai.

(v)

Di kejauhan rindu terungkapkan,

pada halaman dan juga tanah air,

bonda dan ayahanda dalam pelukan,

berkumpul sekeluarga dan bersalaman,

sepersalinan indah kini disarungkan.

(vi)

Pulang ke destinasi indah tak terkata,

tempat jatuh dikenang juga,

kicauan burung dari mergastua,

menyingsing sinar di nikmati semula,

halaman rumah riang semula,

pangkin tempat berkumpul segala,

anak kecil bebas belaka,

buluh dicari nyiur dicari,

lemang dibakar ketupat dianyam,

siap terhidang raikan kesaksamaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s