Puisi TS

Terminal Syawal

(i)

Syawal kali ini damai,

damai kerna bersama keluarga,

syukur dipanjat pada Ilahi,

segala pencipta, kasih sayang dan pemurah,

masih lagi bersama mereka.

(ii)

Pada rintik renyai membawa kita,

Mengenal sesamanya asal dan usul,

ya..

balik asal dan balik usul,

baru kenal kejadian,

baru kenal diri sama erti sama pergi,

satu jalan pulang,

pulang mengikut ruang,

ruang kakinya cuma tujuh sama tiga.

(iii)

Ya..di bangku itu,

aku…tepu..kelu..

kali ini tiga hari sahaja,

orang berpusu ramainya,

yang-terlelap aku cuma,

ia datang semua memasukinya,

tinggal aku dan dia,

si dia terlepas masa,

aku pula penat terasa,

kini berjalanlah menuju pergi,

sebuah bas terisi kenangan lagi,

pada terminal ini mengenal diri.

(iv)

Ah…gegas lincah berlari kemana,

yang ditunggu tak dikejar,

yang berlari ternanti,

akhirnya tiba juga di sini,

passport segalanya diperiksa semua,

di balai menunggu hingga perlepasan,

ini pada jangkanya,

merebah lelah di bangku duduk,

mencicip kopi nikmat terasa,

akhirnya si dia juga begitu,

coklat itu seperti ku kenali,

digenggam erat bersama bagasi,

berdansa getus hati,

persamaan kemungkinan atau kebetulan.

 

(v)

Empat belas jam masa berdetik,

dari Durham  ke tanah air,

hati kini bagai terjentik,

adakah si dia menjadi pilihan,

muka pintu masuklah diri,

beg disandang diletak kembali,

buku kini peneman diri,

wajah ibu bapa terbit kermbali,

pelbagai cerita hendak dikongsi,

rakan taulan dikumpul sekali,

sanak saudara meriah berseri.

(vi)

Berkongsi rasa di langit yang sama,

munajat syukur selamat semua,

balai ketibaan sejarah tercipta,

mendarat sudah di daratan nyata,

harap dapat bertemu si dia,

bagasi di ambil menuju kereta,

rupanya di situ takdir kita,

nama diberi terjawab siapa,

kenalan lama merantau dunia,

mengisi diri ilmu di dada.

(vii)

Tanah air dijamu segala,

ilmu dihadam dikongsi bersama,

anak watan dibangun segala,

minda madani terbina pula,

terdidik juga jiwa insannya,

itulah plot kehidupan,

dicakna dicatu aturannya,

pada kali ini beraya bersama,

berjumpa kedua ibu dan bapa,

sanak saudara riang tak terkata,

anak kecil gembira tak terhingga.

(viii)

Juadah raya dicatat rasmi,

dari lemang ketupat tak terperi,

rendang tak dilupa sekali,

tapai juga di atur berseri,

Terusan Seberang dijadikan lokasi,

Nian damai indah sunyi,

Jang dan Milah beraya sekaki,

dinama waghih kenalan diikuti,

Masak merah,lontong dan seruding diisi,

Johor menjadi tempat yang pasti,

muafakat membawa berkat disepakati,

rakan taulan dijernihkan hati,

yang keruh dilupa pergi,

yang kini terpaut kembali.

(ix)

Samping disarung songkok di letak,

berbaju melayu busana tradisi,

adat budaya disusun jejak,

agama dan syariat diikuti,

maaf dipohon kedua tercinta,

turut nenek dan atoknya,

sesama keluarga,adik beradik juga,

tahmid dan takbir dipuji digema,

yang Maha Esa diagungkan segala,

pada Dia hak yang didahulukan,

pada kita sesama insan,

pada hidupan dan persekitaran,

punyai hak dalam tuntutan.

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s