PUISI

Katakan Tidak

(i)

Berkata ya tidak seperti mengiakan,

dalam maksud tersusun hiasan,

pesonafikasi diri terserlah ingatan,

layar kehidupan dijulang kerinduan,

sauh terbenam dasar diangkat ke daratan,

kerna manusia itu berbeza,

walau sama rambut warnanya,

mungkin berbeza persepsi tercipta.

(ii)

Retak dan lelah diri,

pada hambatan manusiawi,

ke bahu digendong masalah hati,

ke telinga dicorong muzik tiada inti,

semuanya berkisar tentang dengki,

yang kesumat tiada henti,

di depan kata ya,

bagaimana.. belakang kita nanti.

(iii)

Landas manusia di depan,

jadi pencipta letak di mana,

aturan itu manuskrip asal Tuhan,

nah..ikut sahaja manual yang dibekal,

Quran,hadis,para nabi dan ulamak menjadi acuan ikutan,

bagaimana..

kebergantungan kita sama manusia atau Dia,

serah atau putus asa,

kerjakan dahulu ikhtiar,

usahakan dahulu tawakal,

doa dahulu berserah,

semua kerja Dia.

(iv)

Pada buntu di hadir manusia,

yang tertawa hilang tah kemana,

yang biasa jadi kabur sahaja,

yang luar biasa lesap tak nampak jejaknya,

yang ada sentiasa menemani duka,

justifikasi mula celaru cakna segala,

pada Dia sentiasa dekat tak berganjak,

hela nafas segala milikNya,

pada karib rakan diiringi doa,

diutus salam segala pertemuan,

moga beroleh kejayaan di dunia dan di sana.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s