Surat Untuk Pencuri

Sedang kau galak melewati rentas waktu aku pula kepenatan tak menentu, keruan diburu dalam bayang diri yakni masa yang kian laju. Saat dan jam semakin renggang tidak sempat bersapa maka kau hilang detik-detik kerangkaan.

Ya buat kau pencuri masa. Sedang kau tak menunggu sesiapa ada sahaja terbabas segala, termasuk aku hamba faqir.Sedang kalimat bicara hakiki ditemani segala seperti firmannya “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugiaan, kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasehati dalam kebenaran, dan saling menasehati dalam kesabaran”. (Al ‘Ashr: 1-3) .

Justeru itu, aku pohon padaMu dari lalai dan leka, sifat lewah tak semena-mena kerna masa itu nikmat dan ujian sedang ajal tak cepat sesaat mahupun lewat sesaat. Maka, selari juga dengan kehidupan, pelbagai -isme telah muncul dalam meratah nilai unsur yang diletak pada hakikat nyata haq itu haq dan batil itu batil, nescaya waspada fana tak tentu bahananya.

Pada masa impian tercipta didorong rasa dan emosi juga. Pencuri impian merbahaya-sekali tersadung memapah bangkit, sekali bangun tak menoleh sedikit.Itu sewajarnya dalam pesanan yang dibawa beringat pada berkawan bukan semua suka segala, siaga akan sedarah sedaging denganmu kerna hasad tak mengenal jasad.

Pencuri masa dan pencuri impian kedua-duanya nyah dari gawang minda.Moga diri dibekal iltizam, kerna ditekad pada azam. Ia hadir segelinap demensi-cermat diri teratur berdiri, meyusun jejak langkah dipijak.Kedua baris kalimat ini aku peringatkan pada diriku dan dirimu, agar cermat meneliti pencuri masa dan pencuri impian.

Rebah bukan beerti kalah-taakul diri memacu kesudah.

Sekian.

#TulisSurat5Hari.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s