PELAJAR A, B & C


Memberi sewaktu tiada itu lebih indah berbanding memberi sewaktu ada. Bukan semua dari kita terus manu dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semuanya memerlukan usaha dan strategi jangka masa panjang untuk merealisasikan impian kita pada masa depan. Cepat atau lambat bergantung pada masa. Teringat pesan guru: Pelajar A ternyata memang bijak, ajar sekali … Teruskan membaca PELAJAR A, B & C

Advertisements

Kertas dan Pena


Penulis dan mata pena serta kertas yang sentiasa disisinya. Dinasihatkan oleh guru, nota kecil usah dilupa, walau apa jua tempatnya dan keadaan itu lumrah kita.Tidak akan aku lupakan setiap bait tutur dan ajaranmu. Benar, di jalanan atau mana jua tempatnya setiapnya ada rasa dan punya jiwa, jika kau beruntung kau menemui ritma dan rentaknya. Pada … Teruskan membaca Kertas dan Pena

Surat Untuk Pencuri


Sedang kau galak melewati rentas waktu aku pula kepenatan tak menentu, keruan diburu dalam bayang diri yakni masa yang kian laju. Saat dan jam semakin renggang tidak sempat bersapa maka kau hilang detik-detik kerangkaan. Ya buat kau pencuri masa. Sedang kau tak menunggu sesiapa ada sahaja terbabas segala, termasuk aku hamba faqir.Sedang kalimat bicara hakiki … Teruskan membaca Surat Untuk Pencuri

Coretan Sahabat


(i) Ada yang dibilang dengan jari.Ada yang tak terkira rasmi. Dirapat resmi padi dilentur tanah dan bumi. Mengenal diri membawa berkat kembali. Pada kita ada hisab yang dipertimbangkan. Ada amal yang akan dikongsikan. (ii) Andai lawan jadi kawan usah dipatahkan rumpun kasih. Andai kawan jadi lawan usah dibiarkan tersisih. Bersilaturuhim itu damai dan mendamaikan. Memanjangkan … Teruskan membaca Coretan Sahabat

Coretan Kehidupan


Kehidupan Pada usia dicatu segala, pada keringat usah diperdaya, pada akal fikirnya cermat, pada diri punyai hemat. *** Pada bibit cinta dimarak fikir fakir manusia yang cuma ada hari,esok atau lusa di kaki lima. *** Pada kau bicara arah, nah kau cuba kerah, rasa dan nikmat serah, pada segala gelandangan hemah, ini tidak ... *** … Teruskan membaca Coretan Kehidupan

Coretan Ratib Kasih


Ratib, Dialunkan pada batin, Jiwa yang lena, Pada hati, Yang dibangkitkan Disapa rindu, Yang lama menyepi, Tak bertemu, Yang lama dambakan rindu, Diutus kasih pada insan, Hamparan tangis munajat diri, Kembali padanya bersemi kembali.

CORETAN


Takbir Undian dan pilihan atau turutan. Kini siapa jadi pemimpin mengetuai takbir raya? Yang pasti bapa sendiri serta sekalian bapa saudara. Bagaiman pula cerita aku, kau dan kita. Bila lagi? Setiap darinya bersaudara sepupu atau sebaya, Yang menikah menjadi suami dan kini bergelar bapa. Jadinya sistem audio dipasang siap serba-serbi. Hamparan sejadah disusun rapi. Saf-saf … Teruskan membaca CORETAN

Puisi TS


Terminal Syawal (i) Syawal kali ini damai, damai kerna bersama keluarga, syukur dipanjat pada Ilahi, segala pencipta, kasih sayang dan pemurah, masih lagi bersama mereka. (ii) Pada rintik renyai membawa kita, Mengenal sesamanya asal dan usul, ya.. balik asal dan balik usul, baru kenal kejadian, baru kenal diri sama erti sama pergi, satu jalan pulang, … Teruskan membaca Puisi TS

Laman Rindu


(i) Berutus ucapan dan ingatan, tanda kasih jalinan ungkapan, sebening ikhlas dihulur tautan, sekudus maaf jasad rohani, untaian kata disusun rapi disambung aksara menjadi erti frasa berirama pengubat hati. (ii) Lengkap nada AidilFitri, sebulan Ramadan lapangan amalan, tingkatan iman ukhwah insan, moga ia berterusan dan berkekalan, hadirnya Syawal satu kemenangan. (iii) Puasa menahan lapar dahaga, … Teruskan membaca Laman Rindu

PUISI


Katakan Tidak (i) Berkata ya tidak seperti mengiakan, dalam maksud tersusun hiasan, pesonafikasi diri terserlah ingatan, layar kehidupan dijulang kerinduan, sauh terbenam dasar diangkat ke daratan, kerna manusia itu berbeza, walau sama rambut warnanya, mungkin berbeza persepsi tercipta. (ii) Retak dan lelah diri, pada hambatan manusiawi, ke bahu digendong masalah hati, ke telinga dicorong muzik … Teruskan membaca PUISI