Puisi TS


Terminal Syawal (i) Syawal kali ini damai, damai kerna bersama keluarga, syukur dipanjat pada Ilahi, segala pencipta, kasih sayang dan pemurah, masih lagi bersama mereka. (ii) Pada rintik renyai membawa kita, Mengenal sesamanya asal dan usul, ya.. balik asal dan balik usul, baru kenal kejadian, baru kenal diri sama erti sama pergi, satu jalan pulang, … Teruskan membaca Puisi TS

Laman Rindu


(i) Berutus ucapan dan ingatan, tanda kasih jalinan ungkapan, sebening ikhlas dihulur tautan, sekudus maaf jasad rohani, untaian kata disusun rapi disambung aksara menjadi erti frasa berirama pengubat hati. (ii) Lengkap nada AidilFitri, sebulan Ramadan lapangan amalan, tingkatan iman ukhwah insan, moga ia berterusan dan berkekalan, hadirnya Syawal satu kemenangan. (iii) Puasa menahan lapar dahaga, … Teruskan membaca Laman Rindu

PUISI


Katakan Tidak (i) Berkata ya tidak seperti mengiakan, dalam maksud tersusun hiasan, pesonafikasi diri terserlah ingatan, layar kehidupan dijulang kerinduan, sauh terbenam dasar diangkat ke daratan, kerna manusia itu berbeza, walau sama rambut warnanya, mungkin berbeza persepsi tercipta. (ii) Retak dan lelah diri, pada hambatan manusiawi, ke bahu digendong masalah hati, ke telinga dicorong muzik … Teruskan membaca PUISI

Deskripsi


Terminal Syawal Ramadan dan Syawal ‘Satu ibrah kejayaan bagi setiap hambanya.’ Penulisan kali ini kompilasi puisi dan nukilan diri yang diambil dari kedua-dua bulan ini sebagai latar penulisan.Disamping itu, beberapa penulisan santai yang akan diselitkan bersama sebagai bacaan tambahan.Seperti yang kalian sedia maklum pengikut di Twitter SM telah mencapai angka 600 bahkan diharap pada masa … Teruskan membaca Deskripsi

Biodata Pengarang


SM dilahirkan di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Penulisan medium nadwah nusa. Melanterakan dunia penulisan muda agar terus ke puncak. Pengarang aktif dan bergiat dalam penulisan kreatif (Cerpen), memenangi anugerah penulisan di peringkat negeri Johor, antaranya Sayembara Puisi dan Cerpen (Pelajar) Negeri Johor, Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Selatan 2012. Seterusnya beliau merupakan seorang pembahas terbaik … Teruskan membaca Biodata Pengarang

Terminal Syawal


Hak Cipta © Selat Merah 2016 Sebarang ambilan mohon dirujuk (paut) semula kepada laman ini dan mengkredit nama Selat Merah sebagai pengarang.  

Bakat vs Bakat


Setiap kali membeli buku nota yang pasti ia dibaluti dengan sempurna serta mempunyai rona putih yang bersih.Justeru, pen dan dakwat yang menjadi bancuhan pula, sama ada menulis nota atau contengan sekadar sahaja. Pertama, ada di kalangan kita sebagai pelajar atau mahasiswa/i, buku nota menjadi teman akrab mencatit nota penting atau apa jua maklumat yang diberikan.Apa … Teruskan membaca Bakat vs Bakat

Kita dan masa depan


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assamualaikum dan salam sejahtera semua. 2 minggu genaplah setahun buku Ulu Yam di Liverpool dan Ulu Yam di Liverpool 2 berada menemaiku.Selesai pembacaan sekian lama juga, niat di hati ingin bertemu dan beramah mesra dengan penulisnya,beliau tidak lain tidak bukan Tuan Nazali Noor. Segala aspirasi rasa … Teruskan membaca Kita dan masa depan

Ramadan


SM ucapkan Ramadan Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh saudara seagama kita di serata dunia. Tujuan penulisan kali ini kerana tertubuhnya tulisan disini sempena Ramadan pada tahun lepas yakni 17 Ramadan 2015/1436 dan kini Ramadan 2016/1437. Satu aspirasi untuk terus menulis dan menulis lagi.Keseronokkan ini akan dikongsi dengan penulisan dan tajuk yang … Teruskan membaca Ramadan

Layar Kehidupan


Salam buat kalian yang mengikuti SM selama ini sama ada di laman maya atau di sini. Andai ada dari kalian yang sakit,sembuhkanlah.Andai ada yang berduka,bangkitlah.Andai ada yang jauh,kembalilah.Andai ada sengketa,berbaiklah. Lama juga tidak meninta disini atas tuntutan ilmu,khidmat masyarakat dan pulang ke gagang.Ya.Ilmu yang ada tidak seberapa ini apalah kiranya saya dan anda berkongsilah sesama … Teruskan membaca Layar Kehidupan