Coretan Sahabat


(i) Ada yang dibilang dengan jari.Ada yang tak terkira rasmi. Dirapat resmi padi dilentur tanah dan bumi. Mengenal diri membawa berkat kembali. Pada kita ada hisab yang dipertimbangkan. Ada amal yang akan dikongsikan. (ii) Andai lawan jadi kawan usah dipatahkan rumpun kasih. Andai kawan jadi lawan usah dibiarkan tersisih. Bersilaturuhim itu damai dan mendamaikan. Memanjangkan … Teruskan membaca Coretan Sahabat

Coretan Kehidupan


Kehidupan Pada usia dicatu segala, pada keringat usah diperdaya, pada akal fikirnya cermat, pada diri punyai hemat. ------------------------------------------------------------------------ Pada bibit cinta dimarak fikir fakir manusia yang cuma ada hari,esok atau lusa di kaki lima. ------------------------------------------------------------------------ Pada kau bicara arah, nah kau cuba kerah, rasa dan nikmat serah, pada segala gelandangan hemah, ini tidak ... ------------------------------------------------------------------------ … Teruskan membaca Coretan Kehidupan

Coretan Ratib Kasih


Ratib, Dialunkan pada batin, Jiwa yang lena, Pada hati, Yang dibangkitkan Disapa rindu, Yang lama menyepi, Tak bertemu, Yang lama dambakan rindu, Diutus kasih pada insan, Hamparan tangis munajat diri, Kembali padanya bersemi kembali.

CORETAN


Takbir Undian dan pilihan atau turutan. Kini siapa jadi pemimpin mengetuai takbir raya? Yang pasti bapa sendiri serta sekalian bapa saudara. Bagaiman pula cerita aku, kau dan kita. Bila lagi? Setiap darinya bersaudara sepupu atau sebaya, Yang menikah menjadi suami dan kini bergelar bapa. Jadinya sistem audio dipasang siap serba-serbi. Hamparan sejadah disusun rapi. Saf-saf … Teruskan membaca CORETAN

Puisi TS


Terminal Syawal (i) Syawal kali ini damai, damai kerna bersama keluarga, syukur dipanjat pada Ilahi, segala pencipta, kasih sayang dan pemurah, masih lagi bersama mereka. (ii) Pada rintik renyai membawa kita, Mengenal sesamanya asal dan usul, ya.. balik asal dan balik usul, baru kenal kejadian, baru kenal diri sama erti sama pergi, satu jalan pulang, … Teruskan membaca Puisi TS

Laman Rindu


(i) Berutus ucapan dan ingatan, tanda kasih jalinan ungkapan, sebening ikhlas dihulur tautan, sekudus maaf jasad rohani, untaian kata disusun rapi disambung aksara menjadi erti frasa berirama pengubat hati. (ii) Lengkap nada AidilFitri, sebulan Ramadan lapangan amalan, tingkatan iman ukhwah insan, moga ia berterusan dan berkekalan, hadirnya Syawal satu kemenangan. (iii) Puasa menahan lapar dahaga, … Teruskan membaca Laman Rindu

PUISI


Katakan Tidak (i) Berkata ya tidak seperti mengiakan, dalam maksud tersusun hiasan, pesonafikasi diri terserlah ingatan, layar kehidupan dijulang kerinduan, sauh terbenam dasar diangkat ke daratan, kerna manusia itu berbeza, walau sama rambut warnanya, mungkin berbeza persepsi tercipta. (ii) Retak dan lelah diri, pada hambatan manusiawi, ke bahu digendong masalah hati, ke telinga dicorong muzik … Teruskan membaca PUISI

Deskripsi


Terminal Syawal Ramadan dan Syawal ‘Satu ibrah kejayaan bagi setiap hambanya.’ Penulisan kali ini kompilasi puisi dan nukilan diri yang diambil dari kedua-dua bulan ini sebagai latar penulisan.Disamping itu, beberapa penulisan santai yang akan diselitkan bersama sebagai bacaan tambahan.Seperti yang kalian sedia maklum pengikut di Twitter SM telah mencapai angka 600 bahkan diharap pada masa … Teruskan membaca Deskripsi

Biodata Pengarang


SM dilahirkan di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Penulisan medium nadwah nusa. Melanterakan dunia penulisan muda agar terus ke puncak. Pengarang aktif dan bergiat dalam penulisan kreatif (Cerpen), memenangi anugerah penulisan di peringkat negeri Johor, antaranya Sayembara Puisi dan Cerpen (Pelajar) Negeri Johor, Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Selatan 2012. Seterusnya beliau merupakan seorang pembahas terbaik … Teruskan membaca Biodata Pengarang

Terminal Syawal


Hak Cipta © Selat Merah 2016 Sebarang ambilan mohon dirujuk (paut) semula kepada laman ini dan mengkredit nama Selat Merah sebagai pengarang.